BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 9 May 2011

PERTAPAKAN SBUB DI SABAH

-MUKADIMAH-

     Pada kurun ke-15 , Sultan Brunei telah memeluk Islam . Beliau menyebarkan agama Islam kepada pengaruhnya ke kawasan-kawasan Borneo . Pada tahu 1511 , kesultanan Brunei lebih kukuh selepas kejatuhan Melaka ditangan Portugis . PedaganG-pedagang Islam ditindas dan mencari tempat baru untuk melabuh . Mereka beredar ke pelabuhan Brunei . Pelabuhan Brunei menjadi penting dan berkembang .
     Sabah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu . Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukan yang strategik dan kekayaan hasil buminya . Potensi kekayaan di Sabah menyebabkan banyak kuasa Eropah ingin menguasai Sabah antaranya ialah British , Sepanyol , Portugis dan Amerika Syarikat .

-KRONOLOGI PERTAPAKAN SBUB DI SABAH-


Pada tahun 1850, Amerika Syarikat cuba mencari peluang untuk mengaut keuntungan daripada hasil bumi Sabah. Maka, konsul Amerika Syarikat iaitu C.L Moses berlabuh di Labuan untuk mendapatkan konsesi tanah di Sabah
Di dalam Istana Sultan Brunei
C.L Moses           : Hello tuanku!
Sultan Mu’mein     : Hello. Apa hajat tuan hamba datang ke mari?
C.L Moses           : Saya mahukan konsesi tanah di Sabah.
Sultan Mu’mein    : Memang ramai kuasa Eropah inginkan konsesi tanah tersebut tapi dengan syarat.
C.L Moses           : Apa syaratnya?
Sultan Mu’mein    : Syaratnya, kamu perlu membayar sejumlah wang tahunan kepada beta dan konsesi  
      itu akan diberikan selama 10 tahun sahaja.
C.L Moses            : Oh, saya setuju.
Sultan Mu’mein     : Kalau begitu, kita tandatangan perjanjian.
C.L Moses            : Baiklah. Terima kasih, tuanku.
Selepas Moses berjaya mendapatkan konsesi tanah tersebut, beliau sangat bangga dan sengaja menunjuk-nunjuk kepada kuasa British yang merupakan pesaing rapat Amerika Syarikat. Tujuan Moses mendapatkan konsesi tersebut juga hanyalah untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Pada tahun 1865, Moses membuat keputusan untuk menjual konsesi tanahnya itu.
C.L Moses       : Sudah 10 tahun saya menyewa konsesi tanah ini. Saya rasa mahu menjualkannya
  kepada kamu berdua.
J.W.Torrey &   : Moses, betulkah kamu mahu menjualkannya kepada kami? Kami mahu membelinya
T.B. Harris         kalau kamu mahu menjualkan konsesi itu kepada kami.
C.L Moses       : Kalau begitu, saya jualkannya kepada kamu berdua.
J.W.Torrey &   : Terima kasih Moses. Bolehlah kami menanam kopi dan tebu nanti. Sebelum itu, kami  
T.B. Harris         perlu menubuhkan sebuah syarikat. Syarikat itu kita namakan Syarikat America
  Trading Company of Borneo.
Selepas beberapa tahun Torrey dan Harris mengusahakan tanaman kopi dan tebu di Kimanis, namun ianya tidak berhasil. Mereka gagal mengusahakan tanaman itu dengan jayanya. Maka, mereka membuat keputusan untuk menjualkan konsesi tanah tersebut kepada sahabat mereka iaitu Von Overback (rakyat Australia).
J.W.Torrey &   : Kami tidak mampu untuk menanggung kerugian dengan meneruskan pengusahaan
T.B. Harris         tanaman ini lagi. Kami mahu jualkannya kepada kamu.
Von Overbeck : Betulkah ini?
J.W.Torrey &  : Betul.
T.B. Harris
Von Overbeck  : Baiklah. Kalau begitu saya belinya daripada kamu.
Pada tahun 1877, Von Overback menghadapi masalah modal untuk memperbaharui tempoh konsesi tanah. Maka, beliau cuba mendapatkan pinjaman kewangan daripada orang British untuk menampung modal bagi memperbaharui tempoh konsesi tanah yang dibeli daripada Torrey & Harris.
Von Overbeck : Wahai sahabatku, bolehkah kamu membantu saya untuk meminjamkan modal bagi
  memperbaharui konsesi tanah yang saya miliki ini?
Alferd Dent & : Kami boleh bantu kamu tapi kita perlu meminta persetujuan dan bantuan daripada
Edward Dent      Gabenor Labuan iaitu W.H.Treacher.
Von Overbeck : Kalau begitu, baiklah.

Von Overbeck dan Dent pergi berjumpa dengan Gabenor Labuan, W.H.Treacher untuk tujuan tersebut.
Von Overbeck : Tuan, kami datang membawa hajat.    
W.H. Treacher :  Apakah hajatnya?
Von Overbeck : Kami mahu memohon pinjaman modal daripada pihak tuan untuk memperbaharui
  konsesi tanah untuk mengusahakan tanaman.
W.H. Treacher: Baiklah. Saya boleh tolong kalian tapi dengan sayarat.
Von Overback : Apakah syaratnya?
W.H. Treacher : Syaratnya, syarikat kamu itu perlu berada di bawah kekuasaan British.
Von Overbeck : Saya tidak mempunyai cara lain. Jadi, saya setuju dengan syarat tersebut.
W.H. Treacher : Bagus. Saya akan cuba bincangkan perkara ini dengan Sultan Mu’mein untuk selesaikan
  urusan konsesi tanah tersebut.
Tanpa berlengah lagi, W.H.Treacher pergi mengadap Sultan Mu’mein untuk memperbaharui konsesi tanah yang dimiliki oleh Overback.
Sultan Mu’mein : Apakah hajat tuan hamba datang ke mari?
W.H. Treacher : Saya mahu membantu Von Overback & Dent untuk memperbaharui konsesi tanah yang
dibelinya daripada Torrey & Harris. Kawasan konsesi itu berada dibawah kekuasaan
tuanku bukan?
Sultan Mu’mein : Ya! Baiklah tapi ia perlu dibuat melalui perjanjian.
W.H. Treacher : Saya setuju.
Sultan Mu’mein : Beta akan serahkan konsesi tanah dari Teluk Kimanis hingga Sungai Sibuku kepada
  Mereka.
W.H. Treacher : Baguslah kalau begitu. Terima kasih tuanku.
Pada tahun 1878, Overback dan Dent berhasrat untuk meluaskan lagi konsesi tanah mereka sehingga dari Sungai Pandasan hingga Sungai Sibuku. Maka, mereka perlu menghadap Sultan Jamalul Alam iaitu pengganti Sultan Mu’mein untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Von Overbeck : Hello tuanku!
Sultan Jamalul  : Ya, ada hajat apa tuan hamba bertiga datang berjumpa beta?
Von Overbeck : Kami mahu meluaskan lagi konsesi tanah dari Sungai Pandasan hingga Sungai
  Sibuku.
Sultan Jamalul  : Baiklah. Kalau begitu, kamu perlu menandatangani perjanjian yang baru kerana
kawasan tersebut termasuk kawasan yang berada di bawah kekuasaan Kesultanan
Sulu.
Von Overback : Kami setuju.
Sultan Jamalul  : Baguslah kalau begitu. Mari kita tandatangan perjanjian tersebut.

Tidak lama selepas itu, Overback berhasrat untuk menjualkan bahagian konsesinya kepada Dent.

Tahun 1880 :

· Overbeck menjualkan semua haknya kepada Dent
· Alferd & Edward Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
· Berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British

Tahun 1881 :

· Kerajaan British menganugerahkan Piagam Diraja kepada persatuan Dent

Tahun 1882 :

· Persatuan tersebut dinamakan sebagai Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
· SBUB diberikan kuasa mentadbir Sabah
· Pemberian Piagam tersebut membolehkan British :

i.) Memperluaskan pengaruhnya di Sabah
ii.)Menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah

Tahun 1888 :

· SBUB menandatangani perjanjian Perlindungan Borneo Utara
· British bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah

Syarat Pemberian Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad

1.SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British
2.SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan
daripada kerajaan Britis
3.SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan British
4.SBUB hendaklah memelihara agama , adat resam dan undang-undang penduduk tempatan
5.SBUB hendaklah memelihara Sabah dengan adil dan saksama

0 comments: